Wednesday, 9 June 2010

DALALAH (PETUNJUK) AYAT-AYAT AL-QURAN

Nas-nas Al-Quran itu, ditinjau dari segi penunjuknya (dalalahnye) terhadap hukum-hukum terbahagi kepada 2 perkara:

1. Dalil yang merupakan nas yang terang. Dalil-dalil ini tiada berkehendakkan kepada penjelasan atau huraian yang lain lagi. Misalnya firman Allah SWT:


(12) وَلَڪُمۡ نِصۡفُ مَا تَرَكَ أَزۡوَٲجُڪُمۡ إِن لَّمۡ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٌ۬ۚ
سُوۡرَةُ النِّسَاء
Dan bagimu [suami-suami] seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, (12)

2. Dalil yang berupa hukum mujmal, am, musytarak (bersekutu). Dalil-dalil ini berhajat kepada penjelasan dan keterangan dari hadith untuk mendapatkan keterangan hukum.

(i) Susunan ayat Al-Quran yang mempunyai dua erti musytarak (bersekutu). Ayat yang seperti ini mesti berkehendakkan kepada penerangan hadith. Hadithlah yang menentukannya kepada maksud ayat tersebut.

Contohnya, Firman Allah Ta'ala:

فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوۡجًا غَيۡرَهُ ۥۗ
سُوۡرَةُ البَقَرَة
"Kemudian jika si suami menalaknya [sesudah talak yang kedua], maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. " (230)

Menurut Al-Imam Syafie perkataan "nikah" (berkahwin) dalam ayat tersebut mempunyai dua erti:

a. Dengan erti persetubuhan.
b. Dengan erti aqad.

Mengikut makna yang kedua, ia boleh rujuk dengan suaminya yang pertama selepas aqad nikah dengan suami yang kedua tanpa perlu disetubuhi oleh suami yang kedua.

Maksud ayat ini telah dijelaskan oleh hadith Rasulullah SAW mengenai isteri yang ditalak tiga iaitu:

Ertinya:
"Sehingga engkau rasai madunya dan ia rasai madunya."

Menurut keterangan ulama' hadith yang dimaksudkan dengan madu ialah bersetubuh.

(ii) Susunan ayat Al-Quran mujmal (umum) seperti ayat-ayat Al-Quran yang berhubung dengan
solat, zakat dan haji. Hukum mengenai perkara di atas tidak diterangkan secara detail,
bagaimanakah solat dikerjakan, apakah kadar dan jenis benda yang wajib dikeluarkan zakat.
Contohnya firman Allah Ta'ala mengenai solat:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ
سُوۡرَةُ النِّسَاء (77
Ertinya: "Dirikanlah olehmu akan solat.." (77)

Ayat ini merupakan ayat mujmal karena ia tidak menerangkan mengenai cara atau peraturan solat, syarat atau rukunnya. Untuk mengetahui perkara ini perlu kita mengambil dalil dengan hadith Rasulullah SAW.

Ertinya: "Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat."

(iii) Susunan ayat Al-Quran ini umum, tetapi dikehendaki dengan khusus. Contohnya:

Firman Allah SWT:


يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوۡلَـٰدِڪُمۡۖ
سُوۡرَةُ النِّسَاء
Allah mensyari’atkan bagimu tentang [pembagian pusaka untuk] anak-anakmu.

Ayat ini diturunkan secara umum iaitu tiada menentukan anak itu kafir atau Islam, namun ianya mendapat pembahagian pusaka, sedangkan dalam undang-undang Islam orang yang menerima pusaka itu hendaklah dari kalangan orang Islam sahaja. Ia di takhsiskan (ditentukan) oleh hadith Bukhari dan Muslim bahwa orang yang menerima pusaka ialah orang Islam sahaja sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Ertinya:
"Tiada mempusakai orang-orang Islam akan orang kafir dan tiada mempusakai pula orang-orang kafir akan orang-orang Islam."

*********************
Jariah Al-Ust. Idris Ahmad
Ditulis semula dengan suntingan oleh al fakir hamba Allah

No comments:

Post a Comment